Posted by: sazliansari | July 27, 2009

Subjek Pendidikan Islam (sekolah menengah) vs PPSMI

Subjek Pendidikan Islam (sekolah menengah) vs PPSMI

Tanggal 7 Mac 2009 kita menyaksikan satu Perhimpunan besar telah diadakan di Kuala Lumpur. Demonstrasi yang diadakan atas tujuan untuk mendesak kerajaan bagi memansuhkan Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris dimansuhkan seberapa segera yang mungkin.
Alhamdulillah rakyat Malaysia khasnya bangsa Melayu sedar & berani berjuang untuk memartabatkan bahasa ibunda.

Sedarkah kita bukan bahasa sahaja yang telah diperjudikan oleh sistem pendidikan kita tetapi pendidikan Islam yg lebih penting & utama dari itu turut diperkosai.
Cuba kita ajukan soalan kepada ibubapa atau murid sekolah menengah itu sendiri mengenai subjek yg diajarkan di sekolah. Pasti mereka menjawab; sains, matematik, bahasa melayu, bahasa inggeris, sastera (bagi aliran satera)dan subjek-subjek sains (bagi aliran sains contohnya fizik, kimia, biologi). Mungkin ada murid yang menyebut PI tetapi tidak disebut dahulu (iaitu setelah di sebut subjek-subjek lain kemudian barulah disebut PI). Dikalangan ibubapa pula kebanyakkannya tidak mengetahui bahawa anak mereka ada subjek PI d sekolah menengah.

Persoalanya?????
Di manakah letaknya martabat subjek Pendidikan Islam?????????
Kerana kita perlu jelas & faham bahawa Islam itu sendiri adalah terlebih penting dan sangat tinggi berbanding bahasa, terhadap diri setiap manusia. Bahasa hanya setakat memberi indentiti bangsa. Tetapi Islam memberi identiti pegangan, kepercayaan dan cara hidup manusia. Melibatkan akidah, syurga atau neraka.
Tetapi apa akan jadi kepada remaja kita sekiranya mereka yang bergelar murid ini tidak merasakan PI yang diajar disekolah merupakan subjek penting, yang mereka perlu berikan tumpuan. Bukannya hanya sekadar memenuhi jadual waktu sahaja.

Banyak persolan yg perlu kita lontarkan:
1. Setakat mana keseriusan pelajar kita terhadap PI apabila ia tidak menjadi subjek teras
2. Sejauh manakah penekanan yang pihak sekolah berikan terutama guru-guru terhadap subjek ini.
3. Setinggi mana martabat subjek PI ini diangkat, baik di pihak guru mahupun murid.
4. Peka kah ibubapa terhadap kepentingan PI
5. Adakah Kementerian Pelajaran benar-benar ikhlas dalam mewujudkan subjek ini; atau hanya sebagai mengisi Sukatan Kurikulum.

bersambung…………………

Posted by: sazliansari | July 12, 2009

ISLAM – Fitrah & Perubahan (2)

Sejahat mana manusia, sejelik mana kelalakuan, segedik mana wanita, sekejam mana pembunuh….hakikatnya hati kecil mereka tetap berkata; bahawa “apa yang aku lakukan ini adalah salah”……..hakikatnya naluri murni mereka inginkan ketenangan. Tetapi disebabkan hati yang hitam. Ianya tak dapat diransang pada kebaikkan. Perspektif mereka adalah hanya dalam situasi mereka. Tidak luas dari itu.

Kita sedia maklum….seorang pencuri tetap tak mahu anaknya jadi pencuri, pembunuh berusaha supaya anaknya tidak jadi pembunuh dan pelacur tetap tak nak berkahwin dengan gigolo. Kesimpulannya semungkar mana pun perbuatan dan pekerjaan seseorang tetap nak kan isteri yang baik, anak yang soleh.

Kesimpulanya semua manusia mempunyai FITRAH yang baik. Tetapi kehendak ,nafsu dan syaitan telah memosongkan mereka.

Posted by: sazliansari | July 11, 2009

ISLAM – Fitrah & Perubahan (1)

Manusia dilahirkan suci bersih diibaratkan seperti kain putih. Maka ibu bapa nyalah yang akan mewarnainya. Ibubapalah yang menentukan sama ada anak tadi akan terus bersih seperti fitrah lahirnya. Atau anak tadi dipengeruhi fahaman yahudi, nasrani atau majusi.
ISLAM – Fitrah & Perubahan merupakan modul yang bersifat KESEDARAN UNTUK BERUBAH

Skop utama modul ialah Perubahan (CHANGE). Isi modul adalah berkisar kepada meransang kualiti Fitrah Diri Insan. Iaitu pengarapan Spiritual Quotient (SQ), Intellectual Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ) serta Physical Quotient.

Skop utama modul ialah Perubahan (CHANGE). Isi modul adalah berkisar kepada meransang kualiti Fitrah Diri Insan. Iaitu pengarapan Spiritual Quotient (SQ), Intellectual Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ) serta Physical Quotient. Slide 7

Setiap insan dilahirkan dalam keadaan bersih – diibaratkan seperti kain putih. Bererti Kecermerlangan, Kejayaan, Kebaikkan, Kedamaian, Kemenangan, Kebahagian, Ketanggungjawaban, Kepimpinan, Keluhuran, Ketenangan dan Kepositifan adalah milik Fitrah Diri Insan. 

Posted by: sazliansari | July 10, 2009

Isme & Idola Menyempang Remaja

Remaja merupakan golongan yang terdorong untuk mencari indentiti diri. Akibat dari terpengaruh dari situasi dan rakan sebaya, remaja yang tidak diletakkan dalam lingkungan (suasana hidup) ISLAM akan mudah terpengaruh dengan kepercayaan atau isme ekstrim. Ini kerana isme tersebut amat sesuai dengan jiwa remaja yang inginkan sesuatu yang mencabar dan mereka anggap sebagai ‘bertenaga’. Maka timbullah pelbagai isme seperti Black Metal, Hippies, Punk, Anarchy dan pelbagai lagi. Lebih-lebih lagi mereka merasakan isme-isme ini memberi kebabasan untuk mereka lakukan apa saja mengikut selera nafsu. Akibatnya bukan sahaja perlakuan mereka tidak mengikut ISLAM; tetapi apa yang lebih malang Akidah mereka juga turut tergadai.

Perkara ini lebih malang lagi apabila sistem media dan penyiaran kita di Malaysia meletakkan artis terlalu tinggi. Sehingga ia menjadi ikutan dan sebilangan besar mereka mengambil sebagai idola. Perkara ini amat malang. Hal ini disebabkan artis-artis yang dilihat seperti baik ketika dalam lakonan atau persembahan nyanyian; tetapi identiti sebenar mereka adalah berlawanan. Sebahagian besar dari mereka hidup secara bebas tanpa landasan Islam.

Posted by: sazliansari | July 9, 2009

Pendidikan atau Pentarbiyahan

Akhir ini media panas semula dengan pendedahan akhlak remaja terutama di sekolah. Perkara ini bukanlah baru. Setiap kali ada laporan yang dibawa hingga ke peringkat umum, media dan kerajaan mula memanaskan isu.
Maka keluarlah pelbagai komen, pandangan, undang-undang dan tindakan. Tetapi seperti biasa, apabila hari bertemu hari; isu semakin dingin. Tapi adakah bila isu ini dingin di dada akhbar, dibibir penguasa dan dimata penguatkuasa ianya turut dingin dan pulih terhadap remaja?.

Kerap kali bila isu gejala sosial timbul, pelbagai pihak dipersalahkan. Remaja sendiri menyalahkan ibu bapa. Begitu juga dengan pihak pemerintah. Ibubapa dikatakan tidak bijak dalam menjalankan tanggungjawab dengan baik terutama dalam memberi didikan terhadap anak-anak. Masyarakat pula khususnya ibu bapa menunding jari terhadap pemimpin negara. Mereka mempersoalkan keberkesanan program-program modal insan yang dirancang dan dianjurkan oleh pemerintah. Ada juga yang mempersoalkan tindakan kerajaan yang diibaratkan “tangan kiri membina, tangan kanan meroboh”. Tempat-tempat maksiat serta program-program yang boleh merosakkan akhlak remaja dihalalkan serta ditaja; tapi pada masa yang sama aktiviti-aktiviti pembangunan modal insan dilakukan seperti melepaskan batuk ditangga. Tidak sempurna dari segi silibus dan perlaksanaannya. Jauh lagi dilakukan secara holistik mengikut landasan yang ditentukan oleh ISLAM yang SYUMUL.

Categories