Posted by: sazliansari | July 9, 2009

Pendidikan atau Pentarbiyahan

Akhir ini media panas semula dengan pendedahan akhlak remaja terutama di sekolah. Perkara ini bukanlah baru. Setiap kali ada laporan yang dibawa hingga ke peringkat umum, media dan kerajaan mula memanaskan isu.
Maka keluarlah pelbagai komen, pandangan, undang-undang dan tindakan. Tetapi seperti biasa, apabila hari bertemu hari; isu semakin dingin. Tapi adakah bila isu ini dingin di dada akhbar, dibibir penguasa dan dimata penguatkuasa ianya turut dingin dan pulih terhadap remaja?.

Kerap kali bila isu gejala sosial timbul, pelbagai pihak dipersalahkan. Remaja sendiri menyalahkan ibu bapa. Begitu juga dengan pihak pemerintah. Ibubapa dikatakan tidak bijak dalam menjalankan tanggungjawab dengan baik terutama dalam memberi didikan terhadap anak-anak. Masyarakat pula khususnya ibu bapa menunding jari terhadap pemimpin negara. Mereka mempersoalkan keberkesanan program-program modal insan yang dirancang dan dianjurkan oleh pemerintah. Ada juga yang mempersoalkan tindakan kerajaan yang diibaratkan “tangan kiri membina, tangan kanan meroboh”. Tempat-tempat maksiat serta program-program yang boleh merosakkan akhlak remaja dihalalkan serta ditaja; tapi pada masa yang sama aktiviti-aktiviti pembangunan modal insan dilakukan seperti melepaskan batuk ditangga. Tidak sempurna dari segi silibus dan perlaksanaannya. Jauh lagi dilakukan secara holistik mengikut landasan yang ditentukan oleh ISLAM yang SYUMUL.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: