About Me

Sazli Ansari

Sazli Ansari

untitled

Rosazli Bin Md Yasin (Sazli Ansari – SA)

Amanah : Pengerusi Yayasan Al Ansar

Alamat : Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar, Bt 6 1/2   Kg. Asahan, Batang Bejuntai, Kuala Selangor, SELANGOR

Anak jati Melaka. Dilahirkan pada hari Sabtu, 17 Syawal 1397H bersamaan 1 Oktober 1977. Merupakan anak ke 4 dari 5 adik-beradik; bagi pasangan Md Yasin Bin Md Ali dan Patimah Bt Jaffar. Dari kecil hingga zaman remajanya membesar di Kampung Ketapang, Pernu, Melaka.

Pendidikan

Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana tetapi tetap mementingkan pendidikan ilmu dunia dan akhirat. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pernu, kemudian pendidikan menengah di Sekolah Menengah Seri Mahkota, Umbai – Merlimau, Melaka. Dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), SA menyambung pelajaran diperingkat Matrikulasi Sains di Universiti Pertanian Malaysia pada 1996. Seterusnya meneruskan pelajaran jurusan Kejuruteraan Komputer & Komunikasi.

Menimba ilmu dan Pengalaman

Peluang melanjutkan pelajaran di UPM digunakan sepenuhnya. Bukan sahaja mencari ilmu dalam bidang pengkhususan sahaja bahkan peluang ini digunakan untuk mengggilap bakat kepimpinan. Sepanjang berada di UPM, SA telah melibatkan diri dalam persatuan terbesar di kampus tersebut serta bergiat aktif dalam organisasi mahasiswa di kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Sultan Salahuddin Suleiman Shah ataupun singkatannya KOSASS. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Pertanian/Putra Malaysia (PMIUPM) berperanan besar dalam membina jati dirinya serta menggilap kebolehan kepimpinan. SA telah memegang tangungjawab sebagai pengarah dalam beberpa program latihan utama bagi PMIUPM serta terlibat secara lansung dalam menyediakan modul latihan. Begitu juga diperingkat kolej dimana SA telah diberi tanggungjawab yang serupa dalam beberapa program kolej.

Minat berputik

Secara lansung penglibatan SA ini telah menanam minat yang mendalam dalam bidang latihan. Buktinya, sebaik sahaja tamat pengajian di UPM; SA telah menubuhkan sebuah syarikat perundingan dan latihan iaitu SMART Excel Training dan Pusat Bimbingan Islam Al-Husna yang ketika itu beroperasi di Serdang, Selangor. Melalui dua institusi ini, SA menjalankan latihan motivasi diperingkat pelajar-pelajar sekolah serta mengadakan kelas-kelas agama buat kanak-kanak dan dewasa. Dalam pada itu SA terus menimba ilmu dan pengalaman dari program-program latihan yang dikendalikan oleh tokoh-tokoh dan syarikat-syarikat terkemuka serta bertaraf antarabangsa. Tanpa mengira kos yang mencecah ribuan ringgit, usaha ini dilakukan tanpa jemu dan kenal erti lesu.

Merangka modul

Berbekalkan ilmu dan pengalaman dari program-program latihan yang disertai. SA mula memberanikan diri menggarap kesemua ilmu dan pengalaman tersebut dalam satu modul. Iaitu modul yang meransang serta membina fitrah insan. Pengolahan modul ini dimantapkan lagi dengan pengalaman hidup serta pengalaman mengajar serta mengendalikan Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar yang mencabar dan berona.

Melalui pengalaman-pengalaman tersebut SA dengan yakin meletakkan bahawa setiap insan dilahirkan dengan fitrah diri yang sempurna. Maka fitrah inilah yang perlu diransang semula agar insan kembali kepada sifat fitrahnya sebagai hambaNya.

Keluarga

Isteri pertama (berkaca mata) & Isteri kedua

Isteri pertama (berkaca mata) & Isteri kedua

Tanggal 30 Syawal 1419H bersamaan 17  Februari 1999 SA menemui jodoh dengan Isteri tersayang Norizan Bt Jaffar. Hasil kasih yang bersemai selama 10 tahun ini kami dikurniakan 6 orang anak. Iaitu yang sulong bernama Nur Nasihah, Nur Nadhirah , Muhammad Mustaqim (meninggal ketika usia 31 hari), Muhammad Muzakkir , Nur Nasriyah serta Muhammad Miqdam.

Nur Nadhirah, Nur Nasriyah, Nur Nasihah, Muhammad Muzakkir

Nur Nadhirah, Nur Nasriyah, Nur Nasihah, Muhammad Muzakkir

Muhammad Miqdam

Muhammad Miqdam

Pada 2 Dzulkaedah 1429H bersamaan 31 Oktober 2008 sekali lagi Allah s.w.t telah menduga SA. Isteri tersayang Norizan Bt Jaffar telah menemui ajalnya. Isteriku koma selama 12 hari sebaik sahaja selepas 2 jam bersalinkan anak yang keenam. Selama 12 hari itulah aku terus berdoa serta meletakkan keyakinan pada Ilahi bahawa isteriku akan kembali pulih. Hinggalah tepat pada jam 8.49 malam 2 Dzulkaedah 1429H paparan menunjukkan ‘straight line’, barulah aku pasrah dengan ketentuan Allah. SA merasakan inilah cabaran yang agak hebat terhadapnya dari Allah s.w.t. Berbanding dari cabaran ketika anaknya yang ketiga meninggal dunia diikuti seminggu selepas itu anaknya yang sulong disahkan meghidapi leukemia.

Dengan KekayaanNya serta KebesaranNya; Allah menemukan jodoh aku dengan rakan kepada isteri pertamaku iaitu Aida Rosniza Bt Safiee. Walaupun baru kenal selepas berkahwin. Tetapi sifat-sifat murni yang ada pada dirinya membuatkan aku serta anak-anak merasakan kehadirannya adalah ibarat syifa’ (ubat) untuk kami semua.

Amanah

Amanah sebagai Pengerusi Yayasan Al Ansar merangkap Pengetua Maahad Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar.

Pandangan Hadapan Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar

Pandangan Hadapan Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar

SA merasakan amanah ini perlu dijalankan dengan sebaik mungkin. Insyallah, SA berkeyakinan bahawa dengan posisi ini cita-citanya untuk mengembalikan sistem Pentarbiyahan dan Pendidikan Ilsam yang holistik, tercapai. Atas dasar itulah pelan pembangunan yayasan untuk sepuluh tahun mendatang telah dirancang serta dilaksanakan mengikut fasa.

Wallahualam….

%d bloggers like this: