About Module & Training

Al Fitrah

Quotient

Fitrah Quotient merupakan modul latihan yang memberi penekanan terhadap aspek menjanakuasa kurniaan hebat dari Allah s.w.t iaitu FITRAH Insan. Berpegang teguh terhadap firman Allah s.w.t

“Hadapkanlah wajahmu dengan lurus pada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan atas fitrah Allah. (itulah) Agama yang lurus, tetapi kebanyakkan manusia tidakmengetahui.” surah Ar Rum ayat 30.

serta hadis Rasulullah s.a.w.

“Setiap anak yang lahir adalah lahir dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi”.

(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Modul ini dirancang, dirangka serta dilaksanakan dengan meletak keyakinan bahawa setiap insan/manusia dilahirkan ‘putih – bersih’. Bererti sifat keKhalifahan (kepimpinan), kecemerlangan, kedamaian, keluhuran, kepositifan adalah milik asal diri insan. Potensi inilah yang digilap. Iaitu dengan cara meransang 4 elemen kecerdasan dalam insan. Iaitu ‘Spiritual’, ‘Intelectual’, ‘Emotional’ dan ‘Physical Quotient’ [SIEPQ].

Teknik perlaksanaan Modul dan Latihan

Teknik modul yang memberi pengalaman secara praktikal secara ransangan penglihatan, deria rasa/sentuhan, deria bau, bunyian meransang serta mencerdaskan 4 elemen SIEPQ. Yang secara lansung mempengaruhi emosi bagi mempercepatkan penyerapan pada Naluri Hati. Oleh itu modul latihan dijalankan secara 60% ‘indoor’ dan 40% ‘outdoor’

SIEPQ

SIEPQ

Kesedaran insan diransang dengan cara membuka lambaran perspektif minda. Di mana setiap perspektif kehidupan diransang untuk dilihat secara meluas, positif dan penuh naluri cinta/kasih-sayang. Hal ini diselarikan dengan pembinaan sikap.

Seterusnya amalan pelaziman minda digarap bertujuan agar kepositifan sikap bertakhta secara istiqamah. Yang akhirnya membenamkan sifat keKhalifahan/Kepimpinan dalam hati/minda separa sedar.

Segmentasi yang sesuai

Pelbagai lapisan dan jawatan sesuai dan memerlukan modul ini. Hal ini kerana setiap lapisan manusia mempunyai peranan kepimpinan masing-masing, sesuai dengan tanggungjawab. Ini selari dengan modul Fitrah Quotient yang meransang potensi keKhalifahan/kepimpinan. Oleh yang demikian modul FQ menepati keperluan golongan:

– Pengarah Urusan/Pengarah sesebuah institusi

– Eksekutif

– Pekerja Sokongan

– Aktivis NGO (Badan bukan kerajaan)

– Ibu bapa

– Pelajar Institut Pengajian Tinggi

– Pelajar/Remaja/Kanak-kanak

– Setiap insan yang merindukan perubahan kearah Fitrah Diri Insan sebenar

Wallahualam……

%d bloggers like this: