About Services

Quotient

Quotient

Program-program Fitrah Quotient (FQ) yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. FQ – Leadership Training (kepimpinan).

  • Program ini meransang fitrah kepimpinan insan dengan membentuk serta memberi pengukuhan terhadap karektor pemimpin termasuk visi dan misi yang tepat dan jelas.
  • Fokus utama program, menyediakan minda sebagai pemimpin nombor 1 dalam semua aspek dunia dan akhirat.

Sasaran:

  • Pengarah/Pengarah Urusan/Pengurus
  • Pengurusan Kanan
  • Bakal-bakal pemimpin (samada diperingkat kerajaan, swasta, NGO atau sekolah)

Pakej: 3 hari 2 malam + 2 hari 1 malam (follow up programe)

———————————————————————————————–

2. FQ – Team Building Training (pembinaan dan pengukuhan kumpulan)

  • Objektif utama program ini adalah untuk membantu mencetuskan keinginan untuk melakukan tugas dengan lebih efektif dan meningkatkan daya kreativiti serta disiplin diri dalam bidang kerjaya.
  • Kombinasi antara aktiviti indoor dan aktiviti fizikal lasak akan mampu membentuk semangat berpasukan dan juga mengembangkan bakat kepimpinan dalam diri peserta.
  • Program ini juga memfokuskan misi hidup dan juga goal setting sebagai pendekatan eksklusif membina momentum motivasi diri untuk lebih bertanggungjawab dalam kerjaya dan famili.

Sasaran: Kakitangan kanan dan kakitangan sokongan

Pakej: 3 hari 2 malam

———————————————————————————————–

3. FQ – Parenting Training (kekeluargaan)

  • Program ini digarap secara eksklusif mengandungi elemen-elemen yang berkaitan dengan pencarian punca tercetusnya masalah, memahami masalah dan mencari jalan penyelesaian masalah bermula dengan mengenali diri dan pasangan, mengenalpasti masalah suami dengan isteri dan masalah ibu bapa dengan anak-anak.
  • Modulnya merangkumi keseimbangan IQ, EQ dan SQ yang digarap khas dengan pendekatan-pendekatan yang sesuai dengan fitrah insan. Modul ini juga mampu melahirkan keluarga harmoni yang memiliki sekaligus dapat menyumbang ke arah pembinaan masyarakat penyayang.

Sasaran: Golongan suami isteri dan ibu bapa atau bakal ibu bapa dan suami isteri yang ingin membina kemahiran keibubapaan.

Pakej: 3 hari 2 malam

———————————————————————————————–

4. FQ – Membina Generasi Ulul Albab

  • Program ini secara fokusnya meransang fitrah kanak-kanak/remaja yang bersifat proaktif kearah positif. Iaitu dengan cara membuka lambaran perspektif bahawa Islam memberi ruang yang luas untuk mereka.
  • Pengarapan EQ dan SQ dilakukan semaksima mungkin secara indoor dan aktiviti outdoor.

Sasaran: Kanak-kanak sekolah / Remaja biasa / Remaja bermasalah

Pakej: 3 hari 2 malam + 2 hari 1 malam (follow up programe)

%d bloggers like this: